Melecur Kerana Selamatkan Jiran Berusia 100 Tahun

Melecur-Kerana-Selamatkan-Jiran-Berusia-100-Tahun

Alor Setar – Seorang wanita melecur pada muka ketika menyelamatkan jirannya yang berusia 100 tahun dalam kebakaran di Kampung Tanjung Bendahara di sini.

Dalam kejadian 2 petang tadi, Saadah Awang, 64, menyelamatkan Hitam Yaakob iaitu ibu kepada jirannya.

Jirannya Rohima Ahmad, 57, berkata beliau mahu memandikan ibunya apabila menyedari berlaku percikan api daripada kotak fius di bahagian bawah rumah dua tingkat yang disewanya sejak empat tahun lalu.

“Saya terus menjerit meminta tolong sebelum Saadah dan menantunya datang dan mengangkat ibu saya keluar dari rumah. Saya kemudian masuk semula ke dalam rumah untuk mengejutkan tiga orang cucu saya yang sedang tidur di ruang tamu serta menyuruh seorang anak saya agar menyelamatkan diri.

“Saadah yang merupakan tuan rumah saya cedera di muka,” katanya.

Suami Saadah, Omar Hanafi, 71, berkata isterinya yang juga merupakan pesakit jantung dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah di sini.

Kebakaran dipadamkan pihak bomba. – BERNAMA

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.