Maxis lancar tambah nilai kredit permainan

image (61)MAXIS Berhad (Maxis) bekerjasama dengan penerbit permainan atas talian (online) utama iaitu Asiasoft, CIB, Garena, IAHGames dan Cubinet bagi memperkenalkan kemudahan tambah nilai kredit permainan baharu.

Menurut kenyataan medianya, Maxis merupakan syarikat telekomunikasi pertama yang memperkenalkan perkhidmatan tersebut melalui tiket tambah nilai Hotlink atau cetakan terminal.

Ketua Prabayar, Perniagaan Pengguna Maxis, Navin Manian berkata, pengenalan kemudahan tambah nilai kredit permainan tersebut adalah selari dengan perkembangan pesat industri permainan online.

“Pelancaran kredit permainan ini menunjukkan kami memahami pasaran permainan yang mantap dan keperluan pemain online di mana kami membolehkan rakyat Malaysia yang gemar permainan online untuk mendapatkan akses lebih mudah kepada fenomena sosial ini.

“Kebanyakan pelanggan kami adalah pemain video (gamers). Oleh itu, tiket ini merupakan tambah nilai yang besar bagi mereka kerana tiket tambah nilai Hotlink ini boleh digunakan untuk kegunaan lain selain tambah nilai masa ke udara,” katanya.

Menurut Maxis, pada 2016 saiz pasaran permainan global diramal akan mencapai RM320 bilion memandangkan terdapat perubahan dalam trend permainan video yang dipopularkan oleh eSports dalam tempoh dua tahun lalu.

Untuk setiap tambah nilai yang dibuat melalui Tiket Tambah Nilai Hotlink, pengguna akan mendapat 3 hari IP + 3 hari Boost XP bagi permainan dalam talian League of Legends bernilai RM19.95.

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.