Maut tersedak biji rambutan

pix_gal1Bangi: Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun maut selepas tercekik biji rambutan ketika sedang mengunyah buah berkenaan di rumahnya di Bangi Perdana, semalam.

Dalam insiden kira-kira jam 10.45 pagi itu, mangsa Muhammad Rayyan Iman Asri dikatakan tercekik ketika sedang menjamu selera ditemani pembantu rumahnya.

Kakak mangsa, Sorfina Batrisyia, 13, berkata, dia yang sedang bersiap di dalam bilik untuk ke sekolah pada sesi petang terkejut apabila pembantu rumahnya itu menjerit memberitahu keadaan menimpa Rayyan Iman.

Katanya, dia terus bergegas melihat keadaan adiknya itu yang didapati terbaring dalam keadaan sesak nafas.

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.