Maut ditikam, lastik punca gaduh

SABAK BERNAM – Seorang lelaki maut dipercayai dipukul serta ditikam sekumpulan lelaki warga Myanmar dalam kejadian di Bagan Sungai Besar, di sini kira-kira jam 6.30 petang kelmarin.

Lokasi dimana mangsa ditikam sekunpulan warga asing kira-kira jam 6.30 petang,kelmarin. Mangsa difahamkan maut akibat mengalami pendarahan yang teruk selepas ditikam.

Lokasi dimana mangsa ditikam sekunpulan warga asing kira-kira jam 6.30 petang,kelmarin. Mangsa difahamkan maut akibat mengalami pendarahan yang teruk selepas ditikam.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Noor Mushar Mohammad berkata, mangsa, Mohd Shukri Sulaiman, 33, maut akibat ditikam di bahagian perut dan dada.

“Mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah namun disahkan meninggal dunia akibat pendarahan teruk,” katanya.

Noor Mushar menjelaskan, pergaduhan berlaku disebabkan perselisihan faham melibatkan dadah antara kumpulan warga asing berkenaan dengan mangsa.

Katanya, mangsa dipercayai ke lokasi kejadian untuk membeli dadah sebelum berlaku pergaduhan antara dua pihak terbabit.

“Disebabkan perselisihan faham itu, kumpulan warga asing tersebut bertindak melastik mangsa dengan batu.

“Akibat berang diperlakukan sedemikian, mangsa kemudiannya beredar seketika untuk meminta pertolongan daripada rakannya dan seterusnya datang semula ke tempat kejadian,” katanya.

Sejurus itu beliau berkata, berlaku pergaduhan antara dua kumpulan terbabit menyebabkan mangsa ditikam suspek.

Tiga suspek berjaya ditahan berhampiran Kampung Baru Nelayan, di sini.

Difahamkan, mangsa mempunyai rekod jenayah lampau atas kesalahan mencuri motosikal.

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.