MAS jelas isu 5 penumpang tak naik

malaysia_plane_ny108_41564921SEPANG – Malaysia Airlines (MAS) mengesahkan lima penumpang yang didakwa mendaftar masuk tetapi tidak menaiki pesawat MH370 itu tidak benar.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAS, Ahmad Jauhari Yahya, empat penumpang yang tidak muncul meskipun telah membuat tempahan untuk penerbangan ke Beijing itu telah digantikan dengan penumpang lain.

“Daripada 239 penumpang yang sepatutnya menaiki pesawat itu, empat daripanya tidak muncul. Maksudnya empat orang ini tidak pernah muncul.

“Kami ada penumpang yang ‘standby’ jadi mereka ganti,” katanya pada sidang media, hari ini.

Seorang lagi dilaporkan membatalkan penerbangannya ekoran kesilapan pada tarikh tempahan.

Sebelum ini Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Datuk Azharuddin Abdul Rahman berkata bagasi lima penumpang yang telah mendaftar masuk namun tidak menaiki pesawat itu telah dikeluarkan daripada pesawat dan didapati ‘bersih’.

Sabtu lalu, pesawat MAS penerbangan MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing bersama 227 penumpang (termasuk dua bayi) dan 12 anak kapal itu hilang kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12.41 pagi.

Hari ini merupakan hari kelima MH370 hilang dan masih tidak dapat dikesan.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) diperluaskan ke 27,000 batu nautika di kawasan Selat Melaka dan Laut Cina Selatan.

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.