Manchester City cipta sejarah

MANCHESTER City menempah slot ke pusingan kalah mati Liga Juara-Juara buat kali pertama selepas mencatat kemenangan selesa 5-2 ke atas CSKA Moscow di Etihad, awal pagi semalam.

Negredo (kanan) membuat hatrik ketika City menumbangkan CSKA 5-2 di Etihad, awal pagi semalam

Negredo (kanan) membuat hatrik ketika City menumbangkan CSKA 5-2 di Etihad, awal pagi semalam

The Citizens nyata bukan lawan CSKA apabila dua gol dari Sergio Aguero dan hatrik Alvaro Negredo menutup peluang wakil Rusia itu untuk melepasi saingan Kumpulan D.

Jurulatih City, Manuel Pellegrini nyata gembira dan berpuas hati sambil menyifatkan ia langkah pertama mereka untuk berjaya dalam kempen kali ini.

“Selama dua musim kami kandas di peringkat kumpulan. Namun, kali ini berbeza kerana berbaki dua lagi perlawanan kami sudah layak ke pusingan kalah mati.

“Ini satu pencapaian hebat. Saya fikir City mampu mengalahkan siapa sahaja sekiranya kami beraksi dengan baik,” katanya.

Selepas ini, City bakal melayan kunjungan Viktoria Plzen (28 November) sebelum menamatkan saingan kumpulan menentang penyandang juara dan pendahulu Kumpulan D, Bayern Munich (11 Disember).

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.