Mana ada pengundi hantu di Sungai Limau

SHAH ALAM – Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) hari ini menafikan wujudnya pengundi hantu di PRK Dun Sungai Limau pada 4 November lalu.
image (5)
Menurut pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof,  dakwaan kononnya wujud pengundi haru itu hanyalah ‘salah tanggapan’ semata-mata.

“Pada SPR tiada istilah pengundi hantu.

“… apa yang berlaku sebenarnya ialah pengundi tersebut mendaftar sebagai pengundi di Dun Sungai Limau, namun pengundi tersebut telah berpindah tetapi tidak memaklumkan hal tersebut kepada SPR,” katanya ketika di hubungi oleh Sinar Harian Online hari ini.

Beliau berkata demikian menggulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kasim yang mendakwa pada PRK lalu, terdapat pengundi yang tidak dapat dikesan kerana alamat tidak sama dengan tempat pembuangan undi.

Sehubungan itu, Shahidan mendakwa wujudnya “pengundi hantu” di Dun Sungai Limau.

Shahidan turut mendakwa berlakunya perpindahan beramai-ramai pengundi ke suatu kawasan lain tanpa dikesan terutama di kawasan Bukit Besar.

Menjelaskan perkara itu, Abdul Aziz berkata, mereka yang dimaksudkan itu adalah pemilih berdaftar yang sah.

“Pengundi tersebut merupakan pengundi yang sah bukan ‘pengundi hantu’ seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak,” tegas beliau.

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.