Man City Belasah Blackburn 5-0

MANCHESTER – Sergio Aguero merakam jaringan apabila kembali beraksi bagi membolehkan Manchester City menang besar 5-0 ke atas Blackburn Rovers pada perlawanan ulangan pusingan ketiga Piala FA, awal pagi tadi.

358485_heroaKedua-dua pasukan terikat 1-1 di Ewood Park minggu lalu namun perlawanan ulangan itu menyaksikan City menguasai hampir keseluruhan aksi di depan penyokong sendiri di Etihad Stadium.

Alvaro Negredo membuka tirai jaringan pada minit ke-45 dan menambah satu lagi jaringan pada minit ke-47, sebelum Edin Dzeko menumbat masuk gol ketiga City pada minit ke-67.

Giliran Aguero menambah derita Blackburn dengan meledak jaringan enam minit selepas itu.

Dzeko kembali menambah koleksi jaringan keduanya pada minit ke-79.

“Ia satu jumlah jaringan gol yang penting,” kata pengurus City Manuel Pellegrini. – AFP

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.