Malaysia Terlalu Ramai Pekerja Asing – Guan Eng

KUALA LUMPUR – Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mendakwa sebahagian rakyat Malaysia berasa seperti berada di negara lain berikutan lambakan pekerja asing di negara ini.

Guan-Eng-565x376Beliau mendakwa, dianggarkan terdapat seramai lima juta pekerja asing tidak mahir berada di negara ini dengan kebanyakan mereka dari Indonesia, Bangladesh, Myanmar dan Vietnam.

“Malah, pekerja asing tidak mahir ini menghantar pulang RM20 bilion (ke negara mereka) pada tahun 2012 dan jumlah ini dijangka meningkat RM30 bilion tahun ini,” dakwanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Justeru, kata Guan Eng, masyarakat Malaysia tidak boleh berkompromi dalam menuntut pengurusan yang baik dalam kalangan pemimpin politik mereka.

Menurutnya, pemimpin politik perlu tertakluk kepada kriteria teknik pengurusan yang baik dengan menetapkan sasaran yang sepatutnya.

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.