Malaysia Kecundang, Gagal Pertahankan Pingat Emas

SKUAD Harimau Muda bimbingan Datuk Ong Kim Swee gagal mara ke perlawanan merebut pingat emas bolasepak lelaki Sukan Sea 2013 di Myanmar selepas tumbang di kaki Indonesia melalui penentuan sepakan penalti 3-4.

FW308037_SEA12_191213_BOLASEPAK-lpr-565x345Perlawanan yang terikat 1-1 sepanjang 90 minit perlawanan memaksa perlawanan diheret ke masa tambahan namun kedudukan kekal seri selepas masa tambahan selama 30 minit.

Pada penentuan sepakan penalti, Malaysia gagal menyempurnakan dua sepakan pertama selepas diselamatkan dengan mudah oleh penjaga gol Indonesia Kurniawan Meiga.

Terdahulu Malaysia ketinggalan 0-1 pada minit ke-30 selepas Bayu Gatra menjaringkan gol pertama perlawanan.

Thamil Arasu menghidupkan seketika harapan Malaysia untuk mencipta kejutan dengan menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-85 sebelum kedudukan seri kekal sehingga tamat masa sebenar perlawanan.

Indonesia bakal berdepan pemenang dalam satu lagi perlawanan separuh akhir antara Thailand melawan Singapura dalam perlawanan akhir nanti.

Malaysia akan melihat kepada perlawanan bagi menentukan pemenang pingat gangsa.

Kekalahan ini melenyapkan harapan Malaysia mempertahankan pingat emas yang dimenangi pada temasya Sukan SEA 2011 di Palembang, Indonesia dan gagal merekodkan kemenangan hat-trick tiga kali berturut-turut pingat emas dalam kategori bola sepak lelaki dalam sejarah penyertaan dalam Sukan SEA.

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.