Mahfuz nafi jentera Pas kempen sendirian

SHAH ALAM – Pesuruhjaya Pas Negeri Kedah, Datuk Mahfuz Omar hari ini, menafikan wujudnya kempen secara sendirian dalam kalangan ahli Pas menjelang PRK Dun Sungai Limau 4 November ini.

Mahfuz Omar

Mahfuz Omar

Jelasnya, gerak kempen di Dun Sungai Limau, telah diselaraskan dan semua petugas parti bergerak mengikut arahan seperti yang telah dipersetujui oleh Jawatankuasa Pas Pusat.

“Tidak betullah dakwaan itu, kita selaraskan.

“…. semua petugas parti berkempen sepertimana yang telah Jawatankuasa Pas Pusat  tetapkan,” katanya ketika di hubungi Sinar Harian Online hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas dakwaan wujudnya kempen secara sendirian dalam Pas kerana baru-baru ini timbul kontroversi berkenaan dengan isu gambar ‘superimposed’ yang melibatkan calon Pas dalam risalah kempen mereka.

Risalah kempen tersebut memaparkan gambar calonnya untuk PRK itu Mohd Azam Abd Samat bertemu dengan Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak, di pejabatnya ketika Azizan menjadi Menteri Besar Kedah.

Namun, akhbar Sinar Harian mendedahkan gambar itu sebenarnya gambar kunjungan mesra dua pemberita kanannya ke atas Allahyarham pada 25 Mei 2011 dan telah diubah suai menerusi aplikasi ‘Photoshop’ bagi menampal wajah Mohd Azam pada wajah seorang daripada pemberita mereka.

Sementara itu, mengulas kenyataan Ketua Pemuda Umno Khariy Jamaludin bahawa pengundi Dun Sungai Limau bersedia membuat ‘penghijrahan’ menjelang PRK kali ini, Mahfuz menegaskan Pas tidak terkesan dengan dakwaan tersebut.

“Biarlah dia (KJ) hendak kata apa pun,” katanya.

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.