[Luahan Hati] Semua Salah Guru?

semua_salah_guruKepada rakan rakan ibubapa dan guru guru…tentu kita hairan bila membaca tentang kerenah dan sikap guru yang melampau dalam menghukum anak anak murid. Bagaikan viral hampir setiap minggu dan bulan ada sahaja kisah guru mendera anak anak muridnya.

Saya juga seorang guru…saya mendidik anak murid saya supaya mereka menjadi insan yang baik. Kunci untuk menjadi baik ialah disiplin yang tinggi. Untuk melaksanakan disiplin maka perlaksanaan peraturan MESTI dipatuhi. Ibubapa harus SEDAR hakikat ini. Saya sendiri seorang bapa…saya juga kadangkala menerima aduan dari anak saya bahawa dia dihukum oleh guru kerana kesilapan murid lain.

Tapi saya bersangka baik dan berlapang dada…saya nyatakan pada anak saya mungkin dia ada buat silap….atas kesilapan itu dia dihukum. Anak saya berkeras mengatakan dia tak salah yg salah ialah sifulan dan dia pula dituduh. Dan saya nyatakan kesilapan dia ialah dia berada ditempat yg salah…bersama orang yang salah dan dia menerima hukuman akibat kesalahan org lain…saya katakan padanya jgn rapat dgn org yg nakal nanti kita dihukum kerana disangka org nakal. Dan anak saya menerima kata kata saya…Apa yg saya ingin nyatakan ialah kita jangan terus mempertahankan anak anak kita dalam isu hukuman guru…siasat dgn lebih teliti…saya pernah mengadu tentang kes buli yg melibatkan murid tahun 5 yg membuli anak saya yang waktu itu berada di tahun 2. Kalau ikut hati mazmumah ingin sumpah sahaja gurunya kerana tidak jaga disiplin murid murid…tapi saya husnudzon bersangka baik…mungkin perbuatan buli itu tidak dikesan oleh guru…tindakan saya ialah hubungi gurubesar dan adukan padanya agar tindakan diambil…alhamdulillah tindakan diambil oleh pihaksekolah dan pelajar terbabit dihukum.

Saya sendiri pernah dijerkah ibu berbangsa iban kerana sebagai guru disiplin saya gagal melindungi anaknya dibuli oleh murid lain…saya minta terperinci kejadian dan memanggil anaknya..hasil keterangan maka didapati kejadian berlaku di asrama…saya bukan warden dan kejadian berlaku pada malam hari…saya memanggil warden dan guru penolong kanan hem kami berbincang menyelesaikan masalah anak ibu tadi…akhirnya ibu pun puashati dan minta maaf sebab tinggikan suara pada saya…para ibubapa, berapa kali kita bertemu guru guru anak anak kita? Adakah kita simpan no telefon guru dan guru besar anak kita? Berapa kali kita berbincang dgn guru guru kita? Ingatlah anak anak murid sekarang banyak alasannya.

Teringat saya tahun 1993 tahun pertama saya bertugas disebuah sekolah di petaling jaya…kisah seorang ustaz yg didakwa oleh ibubapa kerana memukul anaknya dgn penyapu. Laporan polis dibuat dan guru tersebut diJEMPUT oleh polis disekolah untuk memberi keterangan di balai…surat peguam pun hadir dan berita ini tersiar dalam malaymail….bayangkan bagaimana malunya ustaz tersebut…malah dia mengakui ada memukulnya dgn belakang penyapu. PPD pun dtg kesekolah siasatan dari pihak jabatan dan sekolah dibuat…saya turut dipanggil kerana saya adalah guru kelas murid yg dipukul itu. buku kehadiran disemak…guru besar dan ppd terkejut mendapati murid ini tak hadir kesekolah 5 hari berturut turut. Sedangkan dakwaan murid itu dipukul pada hari yg dia TIDAK hadir kesekolah. Murid tersebut dipanggil…ibubapanya hadir dan peguam juga hadir… Setelah dipujuk dan ditunjuk buku kehadiran muka murid itu berubah…bila dipaksa oleh bapanya menceritakan hal sebenar maka dia menangis dan berkata kepalanya bengkak akibat bergaduh dengan murid lain yang ponteng dan bermain di tasek taman jaya…kerana takut diketahui ponteng dia mengadu pada bapanya yg kepalanya berdarah akibat dipukul ustaz…tambahan pula minggu sebelumnya mmg ustaz ada mukul kepalanya dgn penyapu kerana berlari dengan berkasut dalam surau…bapanya menutup muka merahnya…akhirnya memohon maaf pada ustaz dan pihak sekolah…minggu itu juga bapanya menukar anaknya kesekolah lain…jadikan lah ini iktibar wahai ibubapa dan guru guru….kami guru juga ada anak…kami sayangi anak dan kami sayangi murid….jadilah kita masyarakat yg saling bantu membantu….sekian luahan saya

Sumber: Facebook Cikgu Emmet Fayzal.

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.