Lowyat.net Unjur Perolehan Naik 15% Tahun Depan

PETALING JAYA – Lowyat.NET, unit Lowyat MSC Sdn Bhd, optimistik perolehan akan berkembang sebanyak 15 peratus tahun depan berbanding anggaran pendapatan sebanyak RM5.75 juta yang diunjur pada 2013.

lowyat.net_Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Vijandren Ramadass berkata hasil itu akan diperoleh daripada enam portal sedianya.

“Lowyat MSC telah memperoleh status Koridor Raya Multimedia (MSC) dan sejak itu mengembangkan portfolionya dengan melancarkan portal gaya hidup wanita dikenali sebagai Lipstiq.com, dan laman web lain termasuk Wanista.com, Hype.my, e-commerce solution dan gedung dalam talian, Storekini.com, Lowyat.TV, serta portal automotif Autofreaks,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran rancangan realiti dalam talian, ‘Influencer’ di sini hari ini.

PersonEdge Sdn Bhd, rakan kongsi  Lowyat MSC, dengan kerjasama Nokia Malaysia, melancarkan rancangan realiti itu yang mencari personaliti dalam talian paling berpengaruh di Malaysia.

Rancangan secara dalam talian ke Lowyat.NET yang mempunyai sejuta pengunjung itu bermula 6 Dis, 2013.

Pertandingan itu akan menampilkan 10 personaliti terkenal daripada industri teknologi, gaya hidup, fesyen, kecantikan, makanan dan tarian dan akan dihoskan di Lowyat.TV.

“Semua personaliti dalam talian akan menggunakan Nokia Lumia 1520 untuk memperkasakan mereka melalui enam cabaran yang melibatkan teknologi, kecantikan, makanan, kecergasan, fesyen dan pengembaraan,” kata Vijandren.

Beliau berkata dengan perubahan masa dan kemunculan Internet, setiap orang mahu menjadi sebahagian daripada “media baharu” tetapi kurang strategi sewajarnya untuk mengendalikan dan mempromosikan jenama mereka melalui medium berkenaan.

Kerjasama strategik dengan Nokia bagi ‘The Influencer’ akan meningkatkan lagi industri digital dan media sosial, katanya. – BERNAMA

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.