Lori tiga tan bawa diesel subsidi dirampas

Alwi menunjukkan paip yang dipasang pada tangki minyak lori yang telah diubahsuai.Alwi menunjukkan paip yang dipasang pada tangki minyak lori yang telah diubahsuai.

Alwi menunjukkan paip yang dipasang pada tangki minyak lori yang telah diubahsuai.Alwi menunjukkan paip yang dipasang pada tangki minyak lori yang telah diubahsuai.

KUALA TERENGGANU – Sebuah lori tiga tan dengan muatan 500 liter minyak diesel berjaya dirampas Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Terengganu di sebuah pam minyak Wakaf Tengah, dalam Ops Titik pada jam 9 malam kelmarin.

Timbalan Pengarahnya, Alwi Abdul Hamid berkata, nilai rampasan keseluruhan dianggarkan RM19,000 termasuk sebuah lori.

“Pegawai kita mendapati, lori ini telah masuk ke lima stesen minyak untuk mengisi minyak diesel bersubsidi dan ketika sedang mengisi minyak di stesen minyak Wakaf Tengah, serbuan dilakukan dan mendapati lelaki berusia 29 tahun beralamat di Melaka melakukan kesalahan,” katanya.

Alwi berkata, lori yang telah diubahsuai itu mampu memuatkan 5,000 liter minyak diesel yang dipercayai dijual kepada industri dan kes disiasat di bawah Seksyen 21, Akta Kawalan Bekalan 1961.

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.