Liyana Jasmay lahir anak perempuan

liyanajasmayPELAKON dan penyanyi, Liyana Jasmay dilaporkan selamat melahirkan seorang bayi perempuan, malam tadi.

Liyana, 26, melahirkan bayi seberat 2.9 kilogram pada jam 7.40 malam di Pusat Perubatan Prince Court, di sini.

Berita kelahiran itu disahkan ibunya Habsah Simpon. “Alhamdulillah semua berjalan lancar Liyana dimasukkan ke Pusat Perubatan Prince Court pada Ahad kerana sudah ada tanda-tanda untuk bersalin.

“Kira-kira jam 7.40 malam Isnin dia selamat melahirkan bayi perempuan seberat 2.9 kilogram secara normal,” katanya seperti yang dilaporkan sebuah portal.

Bagaimanapun, Liyana masih belum mengumumkan nama pilihan untuk bayi sulung itu.

Liyana berkahwin dengan Fathuddin Mazlan, 30, pada 2 Februari tahun lalu dalam satu majlis di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur.

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.