Lisa Surihani & Yusry KRU Selamat Timang Cahaya Mata Perempuan

Lisa-Surihani-Selamat-Lahirkan-Cahaya-Mata-Sulung

Yusry KRU atau nama sebenarnya Yusry Abdul Halim kini bergelar bapa apabila isterinya Lisa Surihani telah selamat melahirkan bayi sulung mereka sekitar jam 11.44 malam semalam.

Menerusi status terbaru di laman Facebook Nur Fazura, dia mengucapkan tahniah di atas kelahiran sulung bayi perempuan teman baiknya, Lisa.

“Syukur. Alhamdulillah. Tahniah Ize (merujuk kepada Lisa) kerana selamat melahirkan bayi perempuan. Kak Ifti ( merujuk kepada watak Fazura dalam filem Manisnya Cinta Di Cappadocia) tak sabar nak tengok kalian esok,” kata Fazura.

Bagaimanapun saat ini butiran lanjut mengenai kelahiran bayi sulung Yusry dan Lisa belum diperolehi. Pasangan ini berkahwin pada Februari 2012.

Dalam masa yang sama, peminat setia selebriti tersebut turut melahirkan rasa syukur dan gembira selain mendoakan yang terbaik untuknya sekeluarga.

Tahniah kami ucapkan dan semoga kehadiran cahaya mata baru di dalam keluarga ini bakal membawa lebih sinar & bahagia kepada pasangan suami isteri yang sememangnya kelihatan manis sentiasa.

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.