Liga Juara-Juara: Bayern Jinakkan Arsenal 2-0

bayern-munich-arsenal-reuters-200214_540_372_100LONDON – Penjaga gawang Arsenal, Wojciech Szczesny diperintah keluar padang ketika Bayern Munich mencatat kemenangan 2-0 pada perlawanan pusingan kedua yang dicemari insiden di Stadium Emirates awal pagi tadi sambil menyaksikan dua sepakan penalti tersasar.

Penyandang gelaran, Bayern membuka tirai jaringan dengan sepakan cantik menerusi Toni Kroos selepas minit ke-54 yang memperdaya penjaga gawang gantian, Lukasz Fabianski.

Arsenal terlebih awal mensia-siakan peluang keemasan untuk berada di depan apabila sepakan penalti lembik daripada Mesut Ozil mudah diselamatkan penjaga gol pelawat, Manuel Neuer pada minit kelapan.

Pasukan tuan rumah kemudiannya terpaksa bermain dengan 10 orang apabila Szczesny dibuang padang kerana menjatuhkan Arjen Robben selepas minit ke-38 tetapi bernasib baik apabila David Alaba gagal menyempurnakan sepakan penalti untuk Bayern.

Sementara itu, pemain tengah, Santi Cazorla terpaksa dikeluarkan ketika penjaga gawang Arsenal dilayangkan kad merah tetapi Fabianski tidak mampu bertahan lama apabila Thomas Mueller menanduk masuk gol kedua Bayern hasil hantaran Philipp Lahm pada minit ke-88. – Reuters.

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.