Lembu amuk tanduk penduduk

BUKIT MERTAJAM – Lembu korban yang mengamuk menjadi salah satu cabaran yang perlu dihadapi penduduk Kampung Pengkalan Tambang, Permatang Pasir sempena ibadat korban yang berlangsung pada Aidiladha lalu.
image (4)
Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 9 pagi itu, salah seorang penduduk yang hanya ingin dikenal sebagai Sidi berkata, kejadian itu menyebabkan penduduk terlibat panik seketika.

“Pada mulanya, program berjalan lancar, namun ketika lembu yang ditambat itu mula menggila, kebanyakan penduduk mula menjauhkan diri kerana bimbangkan keselamatan masing-masing.

“Bagaimanapun, tidak disangka lembu itu bertindak menanduk salah seorang penduduk sehingga terpelanting ke tanah. Mujurlah pemuda itu tidak mengalami sebarang kecederaan dan penduduk bekerjasama memastikan keadaan dapat dikawal,” katanya.

Dia yang sempat merakamkan detik mencemaskan itu menggunakan kamera telefon tangannya berkata, kejadian itu pertama kali berlaku di kampung tersebut.

“Saya memang melibatkan diri dalam aktiviti korban setiap tahun, namun kejadian ini menyebabkan kebanyakan penduduk lebih berhati-hati untuk menguruskan haiwan yang bakal dikorban.

“Ia bukan tugas mudah memandangkan lembu yang mengamuk boleh mengancam keselamatan dan mendatangkan kecederaan kepada penduduk yang bertugas mahupun mereka yang memerhati,” katanya.

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.