Lelaki sakit jantung rempuh kenderaan lain

GOPENG – Seorang lelaki yang dipercayai diserang sakit jantung nyaris mencederakan pengguna lain termasuk Ketua Polis Daerah Kampar, Asisten Superintendan Ng Kong Soon apabila memandu dalam keadaan melulu di sepanjang Jalan Gopeng, di sini, semalam.

Penunggang motosikal dipercayai mengalami cedera parah di kaki menahan sakit ketika menunggu ambulans bagi mendapatkan rawatan.

Penunggang motosikal dipercayai mengalami cedera parah di kaki menahan sakit ketika menunggu ambulans bagi mendapatkan rawatan.

Lelaki berusia 60-an yang memandu pacuan empat roda itu merempuh sebuah motosikal dan kereta milik seorang guru serta hampir merempuh kereta polis yang dinaiki Kong Soon yang ketika itu dalam perjalanan menuju ke lokasi penemuan mayat terbakar.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, penunggang motosikal berusia 50-an cedera parah selepas kereta terbabit merempuh motosikalnya dari arah bertentangan yang ketika itu dalam perjalanan menuju ke arah Gopeng.

Bagaimanapun, menurut saksi, Ahmad Termizi Mohd Ghazali, 41, berkata, guru terbabit selamat walaupun kereta Perodua Vivanya terseret beberapa meter akibat rempuhan kuat dari bahagian kanan.

“Orang ramai kemudiannya membantu menyelamatkan pemandu kereta terbabit yang dilihat separuh sedar sambil memegang dadanya. Dia turut cedera di kepala akibat hentakan kuat.

“Lelaki terbabit bersama penunggang motosikal kemudiannya dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk mendapatkan rawatan kecemasan,” katanya kepada Sinar Harian.

Ahmad Termizi berkata, anak mangsa yang berada di tempat kejadian memberitahu bapanya baru pulih dari menjalani pembedahan jantung baru-baru ini.

Sementara itu, Kong Soon berkata, setakat jam 6 petang, pihaknya masih belum menerima laporan polis berhubung kejadian itu berikutan kedua-dua mangsa masih mendapatkan rawatan di HRPB.

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.