[Gambar] Lelaki maut bakar diri sendiri

Mangsa yang cedera parah meninggal dunia setelah menerima rawatan di HTAR, Klang.

Mangsa yang cedera parah meninggal dunia setelah menerima rawatan di HTAR, Klang.

KLANG – Seorang lelaki maut selepas dipercayai cuba membakar dirinya sendiri dalam kejadian di sebuah stesen minyak di Bandar Baru Klang, awal pagi, semalam.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mohd Shukor Sulung berkata, kejadian kira-kira jam 1.00 pagi mendapati bahawa seorang lelaki tempatan berusia 28 tahun yang tiba-tiba membakar diri menggunakan petrol daripada sebuah kereta yang sedang mengisi minyak.

Menurutnya, waktu itu kereta tersebut ditinggalkan oleh pemandunya yang ke tandas dan terdapat seorang wanita di dalam kenderaan berkenaan.

“Sejurus meninggalkan kenderaannya untuk ke tandas, mangsa secara tiba-tiba mengambil nozel petrol dan mencurahkan pada badan sebelum bertindak membakar diri.

“Polis kemudian dimaklumkan sebelum bergegas ke lokasi kejadian,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya kini sedang meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) bagi siasatan lanjut.

Katanya lagi, mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk rawatan lanjut dan doktor mengesahkan mangsa mengalami melecur keseluruhan badan.

“Akibat kecederaan teruk tersebut, mangsa meninggal dunia kira-kira jam 5.15 petang, semalam. Punca kejadian masih dalam siasatan,” katanya.

10410180_10152986465429998_577516849650467700_n

11014706_10152986465144998_1327748678575210532_n

11110230_10152986465154998_1859631917352433228_n

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.