Lelaki Masih Hidup Selepas Kepala Ditembusi Besi

Mohammad-Guddu

MUMBAI – Seorang buruh binaan di India mencipta keajaiban kerana masih hidup walaupun kepalanya ditembusi sebatang besi sepanjang lebih dua meter.

Kejadian berlaku ketika Mohammad Guddu, 24, berkerja di sebuah tapak pembinaan di sini, apabila sebatang besi di tingkat atas terjatuh dan menimpanya.

Impak yang kuat menyebabkan besi itu tercacak dan menembusi sehingga ke belakang kepala lelaki berkenaan.

Pekerja yang lain terkejut melihat Mohammad menjerit kesakitan dan berada dalam keadaan sedar walaupun besi menembusi kepalanya.

Mohammad kemudian dikejarkan ke hospital dan doktor berjaya mengeluarkan besi itu selepas menjalani pembedahan selama dua jam.

Pakar bedah yang mengetuai pembedahan itu, Dr. Batuk Diyora berkata, ia satu keajaiban kerana Mohammad masih hidup walaupun mengalami kemalangan yang mengerikan.

“Ia satu pembedahan yang sukar dan dia sangat bernasib baik kerana besi itu tidak mengenai bahagian otak yang penting,” katanya.

Menurutnya, Mohammad mengalami lumpuh sementara di bahagian kiri badannya, tetapi dia dijangka sembuh sepenuhnya dalam tempoh beberapa bulan. – Agensi

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.