Lelaki Kapak Bekas Isteri Dan Keluarga

bunuh1-565x376SHAANXI – Gara-gara dendam dengan bekas isterinya, seorang lelaki yang juga ketua sebuah agensi pengiklanan telah membunuh wanita itu, ibu dan adik perempuan serta anak saudaranya yang berusia hanya tiga tahun.

Xiang Jan, 39, berbuat demikian kerana dilarang oleh bekas mertuanya untuk bertemu dengan bekas isterinya, Yang Kao, 28.

Dia bertambah marah apabila mendapat tahu bahawa Yang akan dikahwinkan dengan seorang lelaki, sedangkan selama ini dia telah menghabiskan wang untuk wanita itu.

Xiang kemudiannya menghabiskan masa beberapa minggu untuk memujuk Yang menukar fikiran namun gagal.

Kemarahan yang menguasainya mengakibatkan dia membawa kapak lalu menuju ke rumah wanita berkenaan.

Sebaik sahaja bekas ibu mertuanya membuka pintu, dia terus membunuh wanita itu dengan kapak dan kemudiannya Yang serta bekas adik perempuannya.

Xiang mahu meninggalkan rumah berkenaan apabila dia menemui anak saudaranya yang berusia tiga tahun, lalu budak itu juga dibunuhnya.

Lelaki itu kemudiannya melarikan diri ke rumah ibunya, membawa sebakul kentang dan lari ke hutan.

Dia akhirnya berjaya ditangkap dan berdepan dengan hukuman mati.

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.