Lelaki Dihukum Korek Mata , Potong Telinga

gambar-hiasanTehran – Seorang lelaki Iran dijatuhkan hukuman kedua-dua matanya dikorek manakala telinga kanan dan hidungnya dipotong selepas dia didapati bersalah mencurahkan asid ke muka seorang budak perempuan.

Hukuman itu dijatuhkan selepas lelaki berkenaan disahkan melakukan perbuatan berkenaan secara sengaja dalam satu kejadian, pada Oktober lalu.

Budak perempuan itu hilang penglihatan dan telinga kanannya tidak dapat mendengar selepas diserang dengan asid.

Meskipun hukuman itu mendapat tentangan banyak pihak terutama badan asasi kemanusiaan, namun Majlis Kebangsaan Iran memutuskan bahawa hukuman itu merupakan sebahagian daripada sistem perundangan negara berkenaan.

Mahkamah negara berkenaan juga sebelum ini telah mengarahkan tangan dan kaki seorang lelaki dipotong.

Tahun lepas, antara 500 hingga 625 orang termasuk 28 wanita dan dua kanak-kanak telah dihukum di Iran.

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.