MEMBAKUT: Lebih 10 kampung terjejas dan empat sekolah ditutup berikutan banjir melanda daerah ini, awal pagi tadi.
Pengawai Daerah Beaufort, Mohd Shaid Othman, berkata antara kampung yang terjejas ialah Kampung Bambangan dan Kampung Sinoko, namun sehingga lewat petang semalam jumlah mangsa dipindahkan belum diketahui kerana usaha memindahkan penduduk masih dijalankan.
“Setakat ini, sebuah pusat pemindahan sementara dibuka di Dewan Pejabat Daerah Kecil Membakut.
“Kita akan terus memantau perkembangan ini dan semua agensi berkaitan sudah mula menggerakkan operasi masing-masing,” katanya ketika dihubungi.
Difahamkan, banjir berlaku disebabkan hujan beberapa jam sejak tengah malam tadi di daerah ini.
Sementara itu, Pengarah Pendidikan negeri, Datuk Jame Alip, berkata sekolah yang ditutup ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Sinoko, SK Bambangan, SK Lembah Poring dan SK Tamalang dengan seramai 217 murid dan 50 guru terjejas.
0 comments