Lawak Ke Der batal pementasan di Istana Budaya

EKORAN gagal mendapatkan pelawak terkenal, Johan Raja Lawak, akhirnya pihak Istana Budaya terpaksa membatalkan hasrat untuk mebawa Lawak Ke Der edisi solo ke pentas berprestij itu.

Abang Joe (dua dari kiri) bersama barisan pelawak ketika sidang media Lawak Ke Der 2, tahun lalu.

Abang Joe (dua dari kiri) bersama barisan pelawak ketika sidang media Lawak Ke Der 2, tahun lalu.

Ketua Pengarahnya, Datuk Mohamed Juhari Sharaani berkata, jadual yang padat menyebabkan Johan terpaksa menolak tawaran.

“Kita tak dapat Johan. Sepatutnya kita buat pada 11 April, tapi kita cuma berjaya mendapatkan tiga orang saja iaitu Nabil, Harith dan Douglas.

Setidaknya biar empat pelawak kerana ia merupakan satu kelainan iaitu edisi solo.

“Pada mulanya, kita sudah berunding dengan Zizan Razak, tapi dia memang tak boleh ubah jadual. Kemudian, kita cuba dapatkan Johan, juga yang kita tahu jadualnya padat,” katanya kepada Sinar Harian Online.

Tanpa mencari persembahan lain untuk mengisi slot kosong selama dua minggu itu, beliau menyifatkan ia sebagai satu rahmat.

“Mungkin Lawak Ke Der akan menjadi pelan B pada program lain tapi bukan untuk bulan April ini. Jadi, dua minggu itu memang kosong.

“Tak ada masalah. Ia memberi ruang kepada pihak Istana Budaya untuk selenggara panggung. Memandangkan empat bulan yang pertama ini, kita tidak ada melakukan penyelenggaraan. Jadi, ini satu rahmat juga apabila tidak ada program,” katanya.

Beliau memberitahu, ekoran terlalu banyak program dijalankan pada dua tahun lalu, mesin mengalami sedikit kerosakan.

“Dua tahun lalu, kita terlalu banyak program sehingga mesin mengalami sedikit kerosakan ekoran bebanan yang lebih. Jadi, ini masa untuk selenggara,” katanya.

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.