Lapan askar Filipina maut

MANILA – FILIPINA. Lapan askar Filipina maut dan lima yang lain cedera dalam pertempuran dengan pemberontak di wilayah selatan negara itu, kelmarin.

Tentera meningkatkan kawalan keselamatan di bandar Tulunan.

Tentera meningkatkan kawalan keselamatan di bandar Tulunan.

Pertempuran tercetus selepas pemberontak menyerang askar berhampiran Tulunan di wilayah utara Cotabato, kira-kira 960 kilometer dari ibu negara.

Jurucakap tentera, Ramon Zagala berkata, pihaknya diserang ketika sedang menyampaikan bekalan senjata dan makanan di dua kampung berdekatan.

“Kami percaya, serangan dilakukan kumpulan Tentera Baru Rakyat (NPA) dan operasi menjejak mereka digandakan,” katanya dalam laporan Press TV.

Menurut laporan kerajaan, sekurang-kurangnya 30,000 nyawa terkorban sejak 1960-an sekali gus menjadikannya pemberontakan berhaluan kiri paling lama di Asia.

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.