BAGAIKAN mendapat tonik baru, itulah perumpamaan tepat boleh dirumuskan kepada skuad Lang Merah apabila khidmat penyerang importnya, Chidi Edeh disambung menjelang aksi separuh akhir pertama menentang Felda United, malam ini.
Pengurus pasukan Kedah, Datuk Jeffrey Low Hang Chow berkata, pemain berkenaan bersetuju terus memberikan aksi terbaik pada aksi separuh akhir ini.
“Kami berbincang mengenai isu ini, kata sepakat tekah dicapai, jadi tiada isu bahawa Chidi tidak akan beraksi membantu Kedah meneruskan saingan.
“Kita harap dengan keputusan positif ini pemain dapat beraksi dengan cemerlang untuk memastikan aksi di pentas akhir dan seterusnya menjulang Piala Malaysia,” katanya.
0 comments