Laman Web Rasmi FAM Digodam

godam

Laman web rasmi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah digodam sebentar tadi dengan memaparkan tulisan berbahasa Vietnam.

Bagaimanapun, penggodam itu hanya menggodam interface hadapan dan tidak melibatkan database web tersebut.

Ini kemungkinan keran rasa tidak puas hati mereka dengan kejadian semalam yang berlaku di Stadium Shah Alam Yang dicemari insiden keganasan.

Penggodam memasukkan ayat dalam bahasa Vietnam yang sebahagiannya bermaksud “mereka bermain sangat teruk … semua penggodam serentak di laman web Malaysia … ”

Selain, satu ayat dalam bahasa Inggeris ‘bad play fans Malaysia’.

Namun, ikon-ikon lain termasuk logo FAM di laman web tersebut tidak disentuh penggodam.

Bagaimanapun pihak FAM telah menutup sementara laman web tersebut untuk mengubah kembali ke interface asal

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.