Lama ‘hilang’, Zeti muncul semula Khamis ini

image

SHAH ALAM – Selepas lama menyepi, Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz seperti dilapor Malaysiakini bakal mengadakan sidang media pada Khamis ini.

Ini merupakan kemunculan pertama Zeti selepas menjadi perhatian dalam pelbagai isu selepas siasatan terhadap kemasukan wang RM2.6 bilion ke dalam akaun Datuk Seri Najib Razak.

Difahamkan, sidang media itu akan diadakan di ibu pejabat Bank Negara di Kuala Lumpur untuk mengumumkan angka pertumbuhan dalam negeri untuk suku kedua tahun ini.

Perkara lain dijangka disentuh termasuk kejatuhan nilai ringgit dan rizab asing Bank Negara.

Sebelum ini bertebaran berita Zeti kononnya sakit namun dinafikan Jabatan Perhubungan Korporat BNM.
“Beliau sihat dan baik-baik sahaja di pejabatnya,” jelas jabatan itu.

Tambahnya lagi, Zeti bekerja seperti biasa dan tidak dimasukkan ke wad seperti didakwa.

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.