Lagi ‘Datuk Seri’ diburu

Lahad Datu: Seorang lagi lelaki bergelar ‘Datuk Seri’ menjadi buruan polis bagi membantu siasatan berhubung kes pencerobohan pengganas dari Filipina di pantai timur Sabah sejak 12 Februari lalu.

TAN menunjukkan gambar Clarence Luing Karl @ Muhammad Khalil dengan gelaran Datuk Seri.

TAN menunjukkan gambar Clarence Luing Karl @ Muhammad Khalil dengan gelaran Datuk Seri.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Tan Kok Liang berkata, lelaki itu yang dikenali sebagai Datuk Seri Clarence Luing [email protected] Muhammad Khalil John L Karl, 57, dipercayai mempunyai hubungan dengan Kesultanan Sulu termasuk menyalurkan dana kepada pengganas.

“Individu ini diminta menyerah diri di balai polis berhampiran kerana polis yakin dia (Clarence) masih berada di negeri ini.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai individu ini juga diminta menghubungi polis,” katanya pada sidang media, di sini, semalam.

Menurutnya, alamat terakhir individu berkenaan ialah di RH55, Jalan Ranau Lama, Kampung Bawang, Tamparuli.

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.