Kulai, Bakri milik DAP: Kit Siang

SKUDAI – Penasihat DAP, Lim Kit Siang menegaskan kerusi Parlimen Kulai dan Bakri masih kekal milik DAP selain mengumumkan tiada sebarang pertukaran kerusi dengan rakan parti dalam pakatan iaitu PKR setakat ini.

Lim Kit Siang

Lim Kit Siang

Beliau juga enggan mengulas lanjut mengenai isu pembahagian kerusi sebaliknya hanya memberi jawapan ringkas bahawa ia akan diumumkan kelak.

Kenyataan itu sekaligus menutup spekulasi bahawa Pengerusi PKR Johor, Datuk Chua Jui Meng bertanding di Parlimen Bakri malah nasib bekas Menteri Kesihatan itu masih menjadi tanda tanya selepas hasratnya untuk bertanding di Gelang Patah tidak kesampaian.

“Kerusi Parlimen Kulai dan Bakri adalah milik DAP, itu sahaja,” kata Kit Siang ketika menjawab soalan wartawan pada Sidang Media, selepas menghadiri Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya Umum ke-13 DAP negeri, semalam.

Sebelum ini, PKR Johor juga memaklumkan enggan berkompromi dengan DAP berhubung isu pembahagian kerusi selepas akur dengan keputusan kepimpinan tertinggi Pakatan Rakyat (PR) yang memberi laluan kepada Kit Siang bertanding di kerusi panas itu.

Tindakan Kit Siang tidak mengulas isu pembahagian kerusi seolah-olah membayangkan kemelut antara DAP-PKR negeri ini masih belum selesai.

Sementara itu, Pengerusi DAP negeri DR Boo Cheng Haumencadangkan supaya Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bertanding di Parlimen Gelang Patah sekiranya MCA memberi laluan supaya Umno mengambil alih kerusi berkenaan.

“Selain Abdul Ghani, Muhyiddin adalah calon yang paling sesuai untuk berentap dengan Kit Siang, kerana kedua-duanya adalah anak Johor. Yang mana menjadi pilihan pengundi,” katanya.

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.