Kit Siang Tetap Sombong Walaupun Pakatan Tewas

KUALA LUMPUR – Meskipun pakatan pembangkang tewas kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), Penasihat DAP, Lim Kit Siang dengan sombong dan angkuh mendakwa parti pembangkang sebenarnya telah berjaya melakukan perubahan besar.

Lim-Kit-SiangBeliau juga dalam nada bangga mendakwa pakatan pembangkang sebenarnya memenangi banyak kerusi kawasan kubu kuat BN dan menewaskan ramai `orang kuat’ BN di kawasan majoriti Melayu tersebut.

“Saya yakin bahawa analisis lanjut akan menunjukkan bahawa terdapatnya anjakan yang jelas dalam sokongan terhadap pakatan di seluruh negara dan saya yakin bahawa BN sebenarnya berada dipenghujung hayat sebagai kerajaan Persekutuan,” dakwanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Kit Siang mendakwa, beliau juga mendakwa pakatan pembangkang wajar dipuji kerana telah berjaya menambah kerusi parlimen daripada 82 kerusi pada 2008 kepada 89 buah kerusi pada 2013 dan menambah bilangan kerusi negeri daripada 197 kepada 230 pada 2013.

Beliau juga tidak berpuas hati dengan pengunaan istilah ‘Tsunami Kaum Cina’ kerana mendakwa perubahan pada PRU13 bukan sahaja dalam kalangan pengundi Cina tetapi juga pengundi Melayu dan India.

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.