Kilang Bihun Cap Masjid Tiba-Tiba Terbakar

kilangbihunterbakarKuala Lumpur – Kilang bihun yang gagal mematuhi aspek kebersihan dan diarahkan tutup serta-merta oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) minggu lalu dilaporkan musnah terbakar dalam kejadian kebakaran di Batu 7, Jalan Ipoh, kira-kira jam 3 pagi tadi.

Dalam kejadian awal pagi itu, empat lagi kilang yang terletak berhampiran turut musnah.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Selayang, Azrul Khairi berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 3.10 dan mengerahkan dua jentera dan 15 anggota termasuk pegawai ke lokasi kejadian.

Menurutnya, apabila bomba tiba dilokasi kejadian 15 minit kemudian, api sudah hampir memusnahkan kelima-lima unit kilang terbabit.

“Pihak bomba terpaksa mengambil tindakan segera mengawal api daripada terus merebak ke beberapa lagi unit kilang berhampiran,” katanya dipetik dari sebuah portal berita.

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.