Khidmat ‘Bomoh’ Bukan Pertama Dalam Nahas Udara Di Malaysia

helikopterbario1

KEHILANGAN pesawat MH370 sejak Sabtu lepas turut mendapat perhatian “Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP” Ibrahim Mat Zin.

Beliau yang berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam, mendakwa dijemput oleh seorang pegawai tertinggi negara bagi menggunakan kaedah ilmu tradisional dan solat hajat.

1939401_10152090615593751_704413403_n1

“Kami menggunakan bubu mata pancing dan teropong yang diperbuat daripada buluh untuk meminta, berdoa supaya melepaskan mangsa-mangsa yang terlibat agar dapat dijumpai secepat mungkin,” katanya.

Sebenarnya ini bukanlah pertama kali ‘pakar’ yang bukan dalam bidang saintifik penerbangan menawarkan ‘khidmat’ mereka dalam misteri atau kehilangan pesawat udara di Malaysia.

Peristiwa kehilangan sebuah helikopter di Bario, Sarawak pada Julai tahun ini (2004) pernah menjadi satu misteri yang menggemparkan banyak pihak.

mh_01_big

Setelah hampir 20 hari pencarian dilakukan oleh hampir 2,000 tenaga manusia dan alat teknologi tercanggih, barulah helikopter itu ditemui.

scanbario4Dalam peristiwa itu, antara yang turut ‘menyumbangkan’ kepakaran mereka adalah Ahmad Azahari,  Tabib Abdul Rahim Manaf dan Tabib Hassan Mohd Zain.

tabibpicsNamun sejauh mana ‘sumbangan’ mereka membawa kepada penemuan bangkai helikopter dan mayat dalam nahas itu, tidaklah dapat dipastikan.

Namun ia memberi ‘warna’ dalam misi pencarian, seperti mana yang dilakukan oleh pak nujum Datuk Ibrahim di KLIA semalam…Wallahualam. – MNH

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.