Khairy harap yang terbaik untuk Chong Wei

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.

MENTERI Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata beliau berharap akan terhasil keputusan yang baik untuk jaguh badminton Datuk Lee Chong Wei dalam kes dopingnya.

“Apa yang boleh kita buat sekarang hanya menunggu hasil pendengaran,” kata beliau.

Khairy berkata beliau dapat bercakap dengan Chong Wei sebelum dan selepas pendengaran.

“Beliau menghubungi saya selepas beberapa jam pendengaran dan beliau memberitahu saya bahawa Persekutusan Badminton Dunia (BWF) telah memberi peluang kepada beliau dan peguamnya memberi penjelasan.

“Chong Wei puas hati dengan prosedur sepanjang pendengaran,” kata Khairy kepada pemberita selepas melancarkan acara kecergasan, Fit Malaysia oleh Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem di Padang Merdeka, Kuching hari ini.

“Kita telah berusaha sebaiknya, membuat persiapan dengan baik untuk kes itu dan saya fikir peguam Chong Wei diketuai Mike Morgan telah mengemukakan pembelaan terbaik,” ujar Khairy.

Menurut The Star Online, pendengaran berjalan selama lapan jam di Amsterdam pada Sabtu, dan keputusan dijangka diketahui dalam masa tiga minggu. – Bernama

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.