Kesal kalimah ALLAH diletak di bahagian bawah kain rentang

KUANTAN – “Saya kesal dan sedih melihat kain rentang yang tertera kalimah ‘Allahuakbar’ di bahagian bawah  kain rentang Pas sedangkan itulah kalimah yang umat Islam  harus agungkan dan diletakkan di tempat tertinggi,” kata Nor Azman Ismail, 54 yang tinggal di Sungai Isap Damai di sini.

Nor Azman menunjukkan kalimah ‘Allahuakbar’ yang diletakkan di bahagian bawah kain rentang yang menyentuh sensitiviti umat Islam di negara ini.

Nor Azman menunjukkan kalimah ‘Allahuakbar’ yang diletakkan di bahagian bawah kain rentang yang menyentuh sensitiviti umat Islam di negara ini.

Menurutnya, kain rentang tersebut sememangnya menyentuh sensitiviti umat Islam apabila sengaja meletakkan  kalimah tersebut seolah-olah untuk memancing undi.

“Saya bukan orang politik, tetapi atas dasar seorang Islam, saya sememangnya kesal melihat kain rentang yang tidak melambangkan perjuangan Islam sebenar.

“Kenapa kalimah tersebut diletakkan di bahagian bawah gambar calon, sedangkan bahagian atas masih kosong,” katanya.

Beliau berkata, walaupun kini musim pilihan raya, tetapi hal sensitif seumpama ini harus diambil berat oleh semua parti.

Sehubungan itu, Nor Azman membuat aduan kepada pihak berkuasa agar memantau kain rentang seumpama itu yang mula dipasang di serata tempat untuk memancing undi.

Komen

comments

1 Comment

  1. FFF

    20/12/2013 at 5:32 pm

    KALAU gambar 1ALLAH tu mcm mana pulak? lagi menyesatkan terus

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.