Kertas undi pos luar negara akan dihantar esok: SPR

PUTRAJAYA – Semua kertas undi bagi pengundi pos luar negara dan pengundi tidak hadir (PTH) untuk pilihan raya umum ke-13 (PRU13), akan dihantar esok (Rabu).

Wan Ahmad Wan Omar

Wan Ahmad Wan Omar

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata kertas undi itu akan dihantar ke 103 Pejabat Perwakilan Malaysia di luar negara.

“SPR memberi jaminan proses penghantaran dan penerimaan balik sampul kertas undi tersebut selamat…pengundi luar negara tidak perlu rasa bimbang,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Pengundian bagi pemilih di luar negara ditetapkan pada 28 April (Ahad), masa penyerahan dan penerimaan balik sampul ialah dari pukul 9 pagi hingga 8 malam di London, United Kingdom dan Melbourne, Australia.

Bagi Pejabat Perwakilan Malaysia yang lain, tarikhnya sama, namun tempohnya lebih singkat iaitu dari 9 pagi hingga 6 petang. – Bernama

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.