Kerana Kontroversi, Zizan Razak Digam Astro?

Akhirnya Zizan Razak buka mulut beri amaran kepada Fazura1

Tak habis-habis. Lepas satu gosip, muncul pula satu gosip baru yang melanda pelawak dan pelakon Zizan Razak.

Dia yang baru sahaja putus cinta dengan Emma Maembong telah dituduh sebagai individu kasanova yang menghantar mesej ‘nakal’ kepada beberapa wanita.

Belumpun surut isu berkenaan, tunjang utama filem Cicakman 3 itu dikatakan telah melanggan pelacur di negara seberang pula.

Akibat dari siri kontroversi yang melandanya, Zizan kini dikatakan telah digam sementara oleh pihak Astro untuk muncul dalam program-program yang diterbitkan syarikat tersebut.

Ura-ura tersebut muncul setelah Zizan dilihat jarang muncul dalam rancangan-rancangan yang disiarkan stesen TV berbayar itu sejak akhir-akhir ini.

Tapi betul ke dakwaan tersebut atau ia hanya satu tuduhan melulu?

Nampaknya, Zizan perlu bingkas menepis andaian tersebut kerana jika ia berlarutan, ramai pihak akan membuat kesimpulan bahawa figura itu sememangnya individu yang dituduh dengan dakwaan-dakwaan berkenaan.

Apa-apapun, cerita sebenar di sebalik kontroversi mesej lucah dan melanggan pelacur ini masih menjadi misteri. Siapalah agaknya pelawak yang dimaksudkan?

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.