Kerajaan masih kaji struktur baharu skim subsidi bahan api – Najib

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjawab soalan wartawan dalam satu sidang media ketika menghadiri Forum Ekonomi Islam Sedunia Ke-10 (WIEF Ke-10) di sini, hari ini.

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjawab soalan wartawan dalam satu sidang media ketika menghadiri Forum Ekonomi Islam Sedunia Ke-10 (WIEF Ke-10) di sini, hari ini.

KERAJAAN masih dalam proses mengkaji struktur baharu skim subsidi bahan api bagi memastikan ia benar-benar memberi manfaat kepada kumpulan pengguna yang disasarkan, kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri berkata, kajian teliti juga perlukan dilakukan bagi memastikan pelaksanaan subsidi bersasar baharu itu yang juga sebahagian langkah penstrukturan semula subsidi menepati matlamat untuk menjimatkan wang kerajaan dan disalurkan semula bagi faedah rakyat.

“Sekarang masih terlalu awal (umum struktur baharu subsidi) kerana kita hanya meminta cadangan dan tidak bermaksud kita akan melaksanakannya dengan segera.

“Jadi, sistem (subsidi) yang ada sekarang akan diteruskan sehingga kita selesai meneliti cadangan struktur baharu skim subsidi bahan api ini,” katanya pada sidang akhbar bersama media Malaysia di sini, lewat petang semalam.

Najib yang dalam rangka lawatan kerja tiga hari ke Dubai sempena Forum Ekonomi Islam Dunia (WIEF) ke-10, berlepas pulang pagi ini.

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.