Kenyataan Dimanipulasi, Shahir Nafi Ada Hubungan Dengan Erra Fazira

Kenyataan-Dimanipulasi-Shahir-Nafi-Ada-Hubungan-Dengan-Erra-Fazira-ROTIKAYA

Sebelum ini tercetus gossip mengenai penyanyi kelahiran Akademi Fantasia, Shahir dan juga aktres jelita Erra Fazira mengenai hubungan yang digembar-gemburkan oleh sesetengah pihak yang mendakwa bahawa mereka berdua ini telah mempunyai hubungan mesra sebagai pasangan kekasih.

Persoalan ini terus menjadi tanda tanya peminat-peminat mereka mengenai status mereka kini. Bagi menjawab persoalan ini, kami telah berjumpa penyanyi Shahir semasa di sidang media Akademi Fantasia 2014 yang bertempat di Le Meridien Kuala Lumpur.

“Saya sudah bersedia apabila keluar di hadapan khalayak akan timbulnya isu ini. Tetapi ini adalah atas urusan kerja sahaja apabila saya ditawarkan oleh Kak Erra untuk menjayakan teater Tun Teja dan kami berbincang bersama bahawa saya tidak dapat untuk menyertai teater tersebut disebabkan komitmen saya pada lagu. Lain pula cerita apabila timbulnya spekulasi apabila bertemu tetapi sebenarnya kami berbincang pada bulan ini,” ujarnya kelihatan bersahaja.

Sebelum ini juga Erra sendiri bertanyakan padanya bagaimana boleh timbulnya isu ini dan Shahir memberikan jawapan bahawa kenyataannya ini telah dimanipulasikan dan timbullah isu sebegini sehingga menjadi bualan ramai.

“Dia sendiri melihat kenyataan saya dalam video yang ditemubual itu. Saya tidak mengaku langsung bahawa saya sedang intim, dan tidak mengaku juga sedang mengenali. Jadi kenyataan tersebut dimanipulasikan & timbulkan sedikit kejutan kepada orang ramai sedangkan saya tidak menyebut apa-apa mengenai hubungan. Anda semua boleh melihat semula video HLIVE! itu”

Isu ini tidak sesekali menakutkannya untuk keluar dan berhadapan bersama peminat dan masyarakat kerana baginya tidak ada yang salah kerana itu hanyalah kenyataan yang salah ditafsirkan dan tidak apa yang perlu disembunyikan.

“Tiada apa yang perlu untuk saya sembunyikan kerana tidak ada benda yang salah dan kami keluar untuk berbincang atas urusan kerja sahaja. Saya hanya berjumpa dengan dia sekali sahaja dan tidak pernah berjumpa lagi sehingga ke hari ini,” ujarnya sambil tersenyum.

Shahir turut mengatakan bahawa mengapa Erra Fazira memlihnya untuk membintangi teater tersebut kerana dia seorang penyanyi dan sesuai untuk membawakan karakter yang akan wujud dalam teater itu.

“Saya dipilih disebabkan teater tersebut ada nyanyian dan lakonan. Watak itu pula sebagai Hang Nadim. Mungkin dia rasa saya boleh mencuba tetapi disebabkan saya tidak boleh memberikan komitmen kerana masa yang begitu singkat dan dijadualkan teater tersebut akan dipentaskan pada bulan 6 ini,” ujarnya mengakhiri perbualan.

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.