Kembar tapi lain bapa

image (44)

ADAKAH kisah ini akibat meniduri dua lelaki apabila  seorang wanita di New Jersey, Amerika Syarikat, terkejut besar setelah diberitahu anak kembar yang dilahirkannya  mempunyai bapa yang berlainan.

Cerita ini terbongkar apabila wanita yang dirahsiakan identitinya itu cuba menuntut perintah mahkamah untuk nafkah anak kembarnya daripada seorang lelaki.

Bagaimanapun selepas ujian DNA ke atas salah satu anak perempuan itu mendapati  salah seorangnya bukan anak lelaki tersebut.

Selepas disoal, wanita itu mengaku meniduri dua lelaki dalam tempoh seminggu.

Mungkin saja situasi ini berlaku apabila seorang wanita melakukan hubungan seks  dengan dua lelaki dalam kitaran haid yang sama dan jangka hayat telur wanita berkeupayaan  sehingga 48 jam manakala  sperma lelaki  boleh hidup sehingga 10 hari.

Seterusnya  membolehkan persenyawaan berlaku walaupun membabitkan dua lelaki berlainan.

Menurut di sebuah hospital di New York,  biarpun agak janggal, kes seperti ini biasa berlaku namun jarang diketahui kerana ketiadaan sebab untuk melakukan ujian DNA dan paterniti. – Sinar Harian

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.