Kemalangan Kali Ketiga, Ainan Tasneem Bengang Disuruh Mandi Bunga

ainan-tasneem-kemalanganPenyanyi Ainan Tasneem dikhabarkan sekali lagi mengalami kemalangan jalan raya baru-baru ini.

Kejadian dikatakan berlaku di jalan menuju kolej kediaman Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) Wang Ulu, Sungai Batu Pahat, Perlis.

ainan-tasneem-1Susulan itu gambar beberapa kenderaan termasuk kereta perodua MyVi terbalik yang dikatakan milik Ainan Tasneem mula beredar di laman siber.

Gambar-Ainan-Tasneem-kemalangan-kali-ketiga2

Gambar-Ainan-Tasneem-kemalangan-kali-ketiga4

Gambar-Ainan-Tasneem-kemalangan-kali-ketiga31Sekiranya benar berita ini, ia merupakan kemalangan kali ketiga membabitkan pelantun lagu Aku Suka Dia yang juga penuntut UniMAP ini.

Pada 19 Februari lalu, Ainan mengalami cedera ringan selepas kereta dinaikinya bersama tiga rakan terbabit kemalangan di Sungai Batu Pahat, Kangar kira-kira jam 9.30 malam.

BACA: Ainan Tasneem Cedera Dalam Kemalangan Di Perlis

Kereta yang dipandu kawan Ainan dikatakan dikatakan hilang kawalan lalu terbabas ke longkang.

image47 penjelasan-ainan-berita-kemalanganManakala pada Julai tahun lalu, kereta MyVi milik Ainan yang dinaiki bersama kawan baiknya berlanggar dengan sebuah kereta lain di lebuhraya New Pantai Express Highway (NPE).

Sewaktu kemalangan, Ainan dan teman baiknya dalam perjalanan menuju ke Bandar Tasik Selatan apabila secara tiba-tiba kereta yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah kereta dari arah belakang.

julyBagaimanapun dek kerana terlalu sering ditimpa kemalangan, berita berkaitan disambut pelbagai reaksi oleh pengikut Twitter Ainan hingga ada yang mengguris hatinya.

Antaranya komen menyuruh Ainan mandi bunga, menyatakan dia mabuk ketika memandu, dapat lesen terbang, tak pandai bawa kereta dan membawa badi kemalangan.

Justeru, Ainan meluahkan perasaan hatinya dengan menegur pemberi komen-komen negatif agar lebih sensitif di samping membetulkan kenyataan yang tidak betul.

ainantasneem

ainantasneem2

Fullscreen-capture-372014-15038-PM

syirikKepada Ainan, bawa bersabar ok. Jangan dilayan komen-komen negatif. Yang penting, Ainan dan rakan-rakan selamat.

Apa pun jangan lupa lebih berhati-hati di jalan raya selepas ini tidak kiralah siapa pun yang memandu. – MyNewsHub

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.