Keluarga penumpang dari China buat kecoh

Keluarga mangsa dari Beijing datang ke Hotel Sama-Sama sewaktu sidang media untuk bertemu media bagi mengetahui perkembangan pencarian Pesawat MH370 di Sepang hari ini.

Keluarga mangsa dari Beijing datang ke Hotel Sama-Sama sewaktu sidang media untuk bertemu media bagi mengetahui perkembangan pencarian Pesawat MH370 di Sepang hari ini.

SEPANG – Keadaan di Hotel Sama – Sama kecoh seketika apabila sekumpulan ahli keluarga penumpang dari China menyerbu bilik sidang media dengan membawa kain rentang yang tertulis “Kerajaan Malaysia sembunyikan kebenaran”.

Suasana menjadi tidak terkawal apabila wartawan luar negara menyerbu ahli keluarga terbabit.

Salah seorang ahli keluarga mula menangis dan menjerit menyatakan rasa tidak puas hati terhadap cara kerajaan Malaysia menangani masalah kehilangan pesawat MH370.

“Tolong beritahu di mana anak saya, ke mana dia pergi,” kata seorang wanita warga China dalam bahasa Mandarin.

Seramai 153 penumpang China yang menaiki penerbangan MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac lalu.

Menyedari keadaan itu, pihak berkuasa meminta ahli keluarga berkenaan bersurai dan keluar daripada bilik sidang media.

Kumpulan tersebut tidak berpuas hati dengan tindakan pihak berkuasa dan terus membuat kecoh di lobi hotel berkenaan.

Kejadian yang berlaku kurang setengah jam sebelum sidang media rasmi berlangsung.

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.