Kelengkapan untuk ibu & bayi

SETIAP perniagaan kini mempunyai potensi yang tersendiri, tidak terkecuali butik kelengkapan ibu dan bayi.

Permintaan terutama kelengkapan penyusuan ibu dan barangan bayi kini mendapat sambutan tinggi terutama di kalangan ibu bekerja kerana menjimatkan masa, pelbagai pilihan dan kos yang efektif. Perang Jenama minggu ini, memaparkan beberapa jenama kelengkapan ibu dan bayi yang berfungsi sebagai pusat sehenti semua keperluan orang ramai.

Pelbagai jenama dan keperluan di bawah satu bumbung - Gambar Hiasan

Pelbagai jenama dan keperluan di bawah satu bumbung – Gambar Hiasan

Farah Farhan Abdul Fattah, Pengarah Urusan SaraKid 

Perniagaan ini diusahakan sejak kelahiran anak perempuan saya pada 2007 selain inisiatif sendiri dalam memudahkan orang ramai mendapatkan barangan dan kelengkapan penyusuan ibu kerana produk ini sukar didapati.

• Kami menawarkan produk penyusuan susu ibu jenama Stylo Mama meliputi pam penyusuan, botol penyimpanan susu ibu, pek penyimpanan susu ibu, pek penyejuk, beg pam dan beg penyejuk serta makanan penambah susu ibu.

• Menjual produk secara atas talian (online) di www.sarakids.com dan juga jualan borong kepada peruncit yang membuka kedai penyusuan susu ibu di seluruh Malaysia selain bertindak sebagai kaunseling penyusuan susu ibu.

• Item paling mendapat sambutan ramai adalah produk penyusuan susu ibu kerana kami memberi khidmat nasihat penyusuan selepas pembelian.

• Produk baru yang bakal diperkenalkan seperti produk penyusuan, pam penyusuan susu ibu, botol penyimpanan susu ibu, pek penyimpanan susu ibu, pek penyejuk, beg pendingin dan juga pemanas susu jenama Stylo Mama.

•Dua kaedah pemasaran berkesan yang kami jalankan ketika ini adalah secara online dan butik yang beribu pejabat di Shah Alam, dan cawangan di Johor Bharu, Ipoh dan Sarawak.

•Kaedah pemasaran, melalui blog www. sarakids.com/blog juga berkesan.

Aqilah Muhammad Idris, Pemilik e Mumshop Enterprise 

Pada masa ini, e-mumshop hanya menawarkan jualan secara online dan offline (mengikut permintaan dan secara temu janji). e-mumshop beroperasi secara rasmi pada 2009.

• Pelanggan diminta membuat temu janji untuk mengambil sendiri barangan kerana saya dan suami bekerja sepenuh masa. Kebanyakan pelanggan mengambil sendiri barangan kerana berada di kawasan kejiranan dan menjimatkan wang pos.

• Produk yang paling mendapat sambutan adalah botol penyimpanan, beg pendingin susu dan pek penyejuk yang mendapat sambutan ramai terutama di kalangan ibu bekerja. Kami juga bakal perkenalkan produk barut bayi tidak lama lagi.

• Idea pembukaan perniagaan tercetus selepas melahirkan anak pertama dan kesukaran mendapat produk untuk penyusuan di samping dorongan minat dalam perniagaan. Selain itu, ia juga sebagai sumber pendapatan sampingan apabila suami melanjutkan pelajaran secara sepenuh masa.

• Kami dalam perancangan untuk membuka kedai, dan jika kelapangan , kami akan membuka ruang pameran.

Amilin Husni Husain, Pengarah UrusanMumDreams

MumDreams, adalah pusat sehenti kelengkapan ibu dan anak. Kami menyediakan produk dan keperluan seawal ibu disahkan hamil hingga persediaan menyambut kelahiran bayi.

• Keperluan ibu berpantang disediakan secara moden dan tradisional. Bagi ibu-ibu yang merancang menyusukan bayi, keperluan dan persediaan juga disediakan serta menawarkan produk secara runcit dan borong.

• Kami juga menyediakan busana ibu hamil dan menyusukan bayi terutama golongan Muslimah.

• Antara produk yang sentiasa dicari pelanggan adalah busana ibu menyusu, keperluan ibu berpantang seperti tungku, bengkung dan set bersalin, keperluan bayi baru lahir dan keperluan ibu menyusu.

• Perniagaan ini dimulakan secara online menerusi www.mumdreams.com.my/ facebook.com/mumdreams. Pada 2007 butik pertama di Bangi dibuka.

• Pada masa itu saya menyusukan bayi dan terfikir untuk mereka busana yang menepati ciri-ciri Muslimah. Sasaran kami adalah pelanggan ibu Muslimah, tetapi kami juga menerima permintaan daripada pelbagai bangsa.

• Cawangan di Bangi adalah ibu pejabat, selain di Shah Alam dan Kota Bharu, Kelantan dan pembukaan cawangan secara francais dalam perancangan.

Mahanom Jasman, Pengarah Urusan babywinks

Setelah melihat sambutan dan kejayaan beroperasi dalam masa tiga bulan secara online, akhirnya saya dan dibantu adik, memutuskan untuk membuka cawangan pertama di Seksyen 15, Shah Alam.

• Kini kami memasarkan lebih kurang 50 jenama kelengkapan bayi dan penyusuan ibu dengan 1,000 lebih rangkaian produk pelbagai segmen.

• Pada ketika ini, produk yang mendapat sambutan paling baik adalah kelengkapan penyusuan ibu antaranya pam dan botol. Kami pada awalnya menjalankan perniagaan online menerusi laman sosial Facebook (Natural Babywinks.my (Shah Alam) dan mempunyai lebih 15,000 peminat dan peluang ini cukup bermakna bagi kami.

• Menerusi laman sosial tersebut, kami berhubung dengan pelanggan. Hubungan ini terus mencapai kejayaan apabila ramai kalangan mereka sering membuat tempahan yang berulang setiap waktu.

•Kami kini menaik taraf pelbagai elemen antaranya, sistem perniagaan dan laman sesawang yang dijangka mula beroperasi dalam masa terdekat untuk kemudahan pembelian online.

• Kami juga sedang meninjau lokasi cawangan kedua di Petaling Jaya.

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.