Kelainan Rainbow

KUMPULAN K-Pop wanita, Rainbow membuat kemunculan semula dengan menghasilkan muzik video terbaru mereka, Sunshine.

Sebelum ini, lagu mereka, Tell Me Tell Me berjaya mendapat sambutan hangat di kalangan peminat.
image
Tampil memberikan kelainan, video tersebut turut mempamerkan tujuh ahlinya yang sangat comel dengan gerak tari dan nyanyian.

Mereka memilih warna merah jambu dan biru muda untuk menyerlahkan lagi konsep tarian mereka.

Walaupun baru sahaja diperkenalkan, video itu mendapat respons positif di kalangan peminat setia mereka.

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.