Kehadiran Mat Yo perkasa skuad Abdul Rahman

Paulo Rangel (tengah) bakal jadi duri dalam daging skuad Perk, malam ini.

Paulo Rangel (tengah) bakal jadi duri dalam daging skuad Perk, malam ini.

JIKA dinilai kepada prestasi semasa  kelebihan dilihat lebih memihak buat pasukan tuan rumah, Perak dalam perlawanan keenam aksi Liga Super ketika Terengganu berkunjung ke Stadium Ipoh malam nanti.

Begitu pun kedudukan Perak di tangga kedua liga hanya dipisahkan dengan jumlah perbezaan jaringan, namun masing-masing masih berada dalam kelompok yang sama apabila berkongsi 11 mata dan ketinggalan satu mata di belakang pendahulu liga, Polis Di Raja Malaysia (PDRM) selepas mengharungi lima perlawanan sebelum ini.

Perak yang meraih kemenangan besar sebelum ini ketika membenam cabaran Felda United 4-1 pastinya bakal memberi saingan sengit buat skuad Penyu apatah lagi bermain di hadapan penyokong sendiri.

Suntikan moral

Namun, kem kendalian Abdul Rahman Ibrahim turut membawa bekalan suntikan moral terbaik selepas mereka menundukkan musuh tradisi Kelantan, 2-1 dan kejayaan mengikat kedudukan seri 1-1 ketika bertemu skuad The Bos Gaurus  dalam aksi suku akhir pertama Piala FA

Selasa lalu, turut menjadi azimat berguna buat kem Terengganu membuktikan mereka mampu menyahut cabaran di gelanggang lawan.

Malah kebangkitan pemain tempatan dalam aksi sebelum ini turut menguatkan semangat buat skuad Penyu untuk terus mengutip sekurang-kurangnya satu mata dalam perlawanan itu.

Walaupun terpaksa mengetepikan khidmat pemain lincah, Ismail Faruqi Asa’ari yang digantung perlawanan ekoran dilayankan kad merah dalam aski suku akhir Piala FA bertemu Perak, Selasa lalu, namun Abdul Rahman Ibrahim dilihat mampu menarik nafas lega apabila berkemungkinan bakal menurunkan pemain kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha yang baharu menyarung jersi skuad Penyu.

Bahkan, bekas pengendali kebangsaan itu, turut mengakui telah mempunyai ramuan terbaik untuk menyaingi rentak permainan skuad kendalian M Karathu dan mengharapkan pemain yang bakal mengalas tanggung jawab penting itu mampu memikul tanggung jawab dengan penuh komited ketika beraksi di dalam padang nanti.

Perbaiki kelemahan

Selain itu, Abdul Rahman turut menuntut anak buahnya dapat melupakan seketika keputusan seri ke atas Perak dalam aksi Selasa lalu sebaliknya terus memperbaiki setiap kelemahan yang ada dan tidak sesekali mengambil mudah kemampuan lawan walaupun mereka hanya
dibarisi ramai pemain muda.

Baginya, apa yang penting pemain perlu mengikut setiap arahan dan perancangan yang dilakukan semasa latihan dan merealisasikannya dengan baik di dalam padang nanti.

Pastinya, Terengganu bakal menagih khidmat penyerang sensasi, Paulo Rangel dalam mengemudi jentera serangan dan dibantu dengan dua lagi pemain import Gustavo Lopez serta Issey Nakajima dalam memperkuatkan lagi pasukan.

Malah kehadiran penyerang kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha juga dilihat bukan sahaja mampu memantapkan lagi kem skuad Penyu malah merubah corak permainan pasukan dengan aksi yang lebih bertenaga sekali gus bakal memberi cabaran sengit dalam aksi Liga
Malaysia musim ini.

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.