Kedah Catu Air Jika Kemarau Berterusan

PAS-MukhrizJitra – Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata catuan bekalan air di negeri Kedah akan dilakukan jika musim kemarau berlarutan sehingga penghujung Mac ini.

Beliau berkata, buat masa ini pihak sedang memantau paras bekalan air di semua empangan di Kedah namun keadaan didapati masih terkawal dan tidak memerlukan tindakan mencatu bekalan air.

“Buat masa ini tidak ada catuan dilakukan kerana kita masih mempunyai bekalan air yang cukup untuk kegunaan seluruh rakyat,” katanya selepas menyampaikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 3.0 di Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu di sini. – BH Online

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.