Kebangkitan luar biasa

Pemaian-pemain Harimau Malaya bergambar dengan aksi penuh gembira setelah menewaskan pihak lawan semalam.

Pemaian-pemain Harimau Malaya bergambar dengan aksi penuh gembira setelah menewaskan pihak lawan semalam.

ITU sahaja ungkapan boleh diungkapkan selepas melihat kebangkitan luar biasa dipamerkan skuad Harimau Malaya yang membenam cabaran  Vietnam 4-2 separuh akhir kedua Piala AFF Suzuki 2014 di Stadium My Dinh, Hanoi, malam tadi sekali gus mara ke pentas final dengan agregat 5-4.

Walaupun tewas 1-2 di Shah Alam  di samping dengan insiden  peminat Vietnam diserang segelintir penyokong Malaysia, nyata tidak menjejaskan fokus untuk melakar kemenangan menakjubkan di depan penyokong tuan rumah.

Rombakan formasi dilakukan Dollah Salleh menjadi apabila empat jaringan diledakkan anak buahnya pada babak pertama sekali gus mendiamkan hampir kira-kira 40,000 peminat setia The Gold Stars.

Safiq Rahim membuka tirai jaringan menerusi sepakan penalti seawal minit ketiga sebelum Norshahrul Idlan Talaha memadamkan kelebihan jaringan tempat lawan Vietnam m-22.

Namun, kem negara cemas seketika apabila Le Cong Vinh menyempurnakan sepakan penalti m-22 apabila pemain Malaysia mengasari pemain tuan rumah.

Serangan balas berterusan Malaysia menghasilkan gol ketiga hasil jaringan sendiri Dinh Tien Thanh m-28 sebelum Shukor Adan mengukuhkan kedudukan agregat menjadikan 4-1.

Memasuki babak kedua, permainan pasukan negara agak berbeza dan mula mengendurkan asakan serta tidak banyak serangan
dilancarkan ke kubu lawan sebaliknya pemain Vietnam yang banyak mencipta peluang menghasilkan jaringan.

Namun, ketangkasan penjaga gawang, Farizal Marlias banyak menafikan sejumlah percubaan berbahaya pasukan mengelak daripada dibolosi.

Kealpaan benteng pertahanan Malaysia sekali lagi dihukum apabila Cong Vinh meledak gol kedua Vietnam m-79.

Sementara itu, Dollah menyifatkan kehadiran semula Amri Yahyah dan Shukor banyak mengubah struktur permainan pasukan Malaysia.

“Kita menang harapkan kehadiran Amri dan Shukor. Shukor banyak main peranan dan boleh menyusun bahagian pertahanan.

“Dia juga sentiasa arahkan pemain sentiasa bangkit. Pada separuh masa pertama, kita tidak mensia-siakan peluang. Kita dapat empat peluang dan semuanya dimanfaatkan dengan gol.

“Separuh masa kedua, kita berada dalam kedudukan selesa dan pemain kita takut menyerang sebaliknya kita bertahan.

“Jika pemain mengekalkan disiplin sama ada seperti hari ini, saya percaya kita tiada masalah untuk berdepan Thailand di final.

“Kita sudah berada di hujung dan semestinya mahukan piala,” katanya kepada pemberita selepas perlawanan.

Bagi rekod, ini final kali ketiga dilakar Harimau Malaya selepas melakukannya kali pertama pada 1996 di Singapura diikuti muncul juara pada edisi 2010.

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.