‘Kapal selam Australia mai penang’

kselam2

Georgetown: Kemunculan kapal selam HMAS Sheean milik Australia menarik perhatian penumpang Feri Pulau Pinang selepas ia melalui laluan feri berkenaan di sini, pagi tadi.

Kapal selam berkuasa diesel-elektrik lengkap peluru berpandu itu muncul pada 11 pagi dan difahamkan akan berlabuh di Pulau Pinang sehingga 2 Oktober ini.

Wakil Tentera Laut (RNO) Pulau Pinang dipetik berkata, HMAS Sheean akan merapat ke Pulau Pinang bermula hari ini sehingga 2 Oktober ini dan dijadualkan melakukan kunjungan hormat kepada RNO Pulau Pinang hari ini.

Selepas selesai mendarat di Pulau Pinang HMAS Sheean akan meneruskan pelayaran ke Kota Kinabalu, Sabah dan akan menjalani latihan dengan KD TAR pada 12 dan 13 Oktober ini.

Difahamkan, selepas selesai latihan kapal selam berkenaan akan berlayar pulang ke Pengkalan Laut mereka di Barat Australia. – Harian Metro

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.