Kanak-kanak perempuan mati dipercayai terjerut tali buaian di Jempol

MATI TERJERUT

JEMPOL: Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun ditemui mati dipercayai terjerut tali buaian di rumah datuknya di Felda Lui Muda dekat sini, hari ini.

Kejadian kira-kira 3.40 petang itu berlaku ketika Isma Umairah Radzuan sedang bermain buaian itu seorang diri di bahagian dapur.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hamzah Alias berkata, kejadian itu disedari bapa saudaranya setelah mendapati kanak-kanak itu tiba-tiba senyap.

“Ketika bapa saudaranya pergi ke dapur, dia mendapati mangsa dalam keadaan tergantung dengan lehernya terjerut pada tali buaian.

“Bapa saudara mangsa segera memotong tali buaian itu sebelum membawa kanak-kanak itu ke Klinik Kesihatan Lui Muda. Namun, doktor yang melakukan pemeriksaan mengesahkan kanak-kanak itu sudah meninggal dunia,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya mayat Isma Umairah dihantar ke Hospital Jempol dan kes itu diklasifikasikan sebagai kematian mengejut. – BERNAMA

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.